>>Oleh Sameon Report
sreport@dailycrap.com.my
"Saya berasa sungguh sedih, saya sayang dia(arwah) tidak terhingga. Saya kerja siang dan malam, 7 hari seminggu semata-mata untuk menatang kehidupannya. Kini, dia(arwah) dah pergi selama-lamanya. Saya masih tidak dapat menerima kenyataan ini. Namun, saya redha kerana ini ketentuan Allah." kata majikan berumur 22 tahun itu.
Majikan, yang kini menganggur dan dalam pengajian di institut pengajian tinggi di negara ini merupakan seorang yang kasih sayang, sopan dan sentiasa mengingati orang di sekelilingnya. "Saya selalu nampak dia(majikan) memberi makanan dan memberi layanan sepenuhnya kepada Shamsul setiap petang. Mereka boleh dikatakan bagai isi dan kuku kerana tidak pernah berpisah. Dia sentiasa membawanya(arwah) ke mana-mana dia hendak pergi kecuali ketika berdating." ulas makcik Normah binti Haji Karim, jiran rumah hadapan.
Arwah telah dikatakan meninggal dunia di antara 12 tengahari hingga 7.20 petang hari ini. Autopsi yang telah dilakukan di situ juga menyatakan tiada kesan pergelutan atau pembunuhan terjadi di tempat kejadian. "Setelah kajian post mortem dilakukan, mayat arwah merupakan di dalam keadaan yang sihat, tiada penyakit atau sebab-sebab luar yang boleh menyebabkan kematian beliau. Namun, kami percaya sebab utama adalah faktor umur beliau yang sudah uzur iaitu setahun 2 bulan." kata Dato' Seri Dr. Ir. Haji Kariman Karim. Beliau juga telah menyatakan bahawa dalam pengalamannya menjadi pakar forensik selama 23 tahun itu, beliau tidak pernah melihat keadaan mayat yang begitu baik. Jelas sekali arwah telah menghadapi kehidupan yang sempurna bersama majikan.
Mayat arwah telah ditemui oleh Fairuz sendiri di mana dia tanpa memikir telah menelefon pihak polis dan ambulan untuk pertolongan ketika masa kejadian. Namun dengan respon pihak berkuasa yang pintas, arwah masih tidak dapat diselamatkan.
Arwah Shamsul telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Lalang, yang hanya 2 meter dari tempat kejadian. Majikan memilih lokasi tersebut supaya dia boleh sentiasa ziarah kubur arwah tersayang.
Arwah yang telah ditemui meninggal dunia di tempat kejadian
No comments:
Post a Comment